Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, September 21, 2010

Jemputan dan Keikhlasan

kita sentiasa mendapat jemputan ke pelbagai majlis. bagi pemegang jawatan pentadbiran di uitm shah alam,kita akan selalunya menerima lebih banyakjemputan berbanding pentadbir akademik di kampus cawangan.

di bulan syawal ini, kita akan menerima jemputan hadir ke majlis raya. uitm akan mengadakan suaraya 1431Hijrah pada 1 oktober ni, di padang kawad. kali ini ined diberi tugasan menyediakan bubur. kali ini, pusat2, fakulti, jabatan2 tidak lagi bergabung. jadi akan lebih banyak gerai disediakan.

selain drpd jemputan raya, ada juga jemputan ke majlis perkahwinan. saya menerima beberapa jemputan utk majlis spt ini. ada secara melalui kad, ada secara melalui lisan. terima kasih saya ucapkan kpd mereka yg sudi jemput saya. saya harap jemputan adalah ikhlas, kerana persaudaraan dan persahabatan.

ada jemputan yg saya terima dan tidak saya terima, saya tidak akan hadir ke majlis tersebut secara sengaja. saya was2 dgn status halal majlis tersebut. saya juga tidak ingin jadi seorang munafik. di depan manis macam madu, tetapi di belakang sebenarnya pahit seperi hempedu, lebih teruk lagi jemputan beracun.

saya mohon maaf kepada saudara dan sahabat yg majlis mereka saya tidak dapat hadir. saya hargai jemputan ikhlas anda. semoga anda sentiasa mendapat rezeki yg halal. semoga anda sentiasa dikurniakan saudara dan sahabat yg akan membantu kesejahteraan anda di dunia dan di akhirat.

1 ulasan:

nur berkata...

Terpaksa pilih bubur dan kuih raya. x tau & x expert menu raya masakan masyarakat Sabahan