pagi tadi saya mulakan dgn sebiji kurma dan semug kopi susu. utk membantu melawaskan kandungan perut. balik drpd solat raya, saya nikmati satay submarine. diikuti dgn semug kopi susu lagi. sbg persediaan sebelum ke rumah makcik.
tiba di rumah makcik, spt dijangkakan, juadah raya memang banyak. satay, nasi dagang dgn pelbagai lauknya, pasta, macaroni, ketupat, nasi impit. kek, kuih2 raya, jelly, custard, dsbnya. bukan hasil tangan seorang makcik shj walau majoriti adalah asil tangan tuan rumah. sekembali dari solat jumaat, saya sambung makan tengahari.
pada petangnya kami ke rumah sepupu saya. kami dijamu dgn menu utama kuzi ayam dan roti. kebiasaannya, ini adalah hasil tangan nenek semasa raya. kali ini ianya adalah hasil tangan makcik, yg telah bergelar nenek juga (nana ke nanny?). selain drpd itu, terdapat pelbagai kuih2 raya dan minuman bergas (saya tahu, tak bagus).
spt saya nyatakan kpd doktor di pusat kesihatan uitm pada awal tahun. antara punca utama saya hadapi masalah kesihatan adalah kerana diberikan rahmat mempunyai saudara mara yg pandai memasak makanan yg sangat2 sedap dan sukar ditolak drpd menikmatinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan