Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, September 13, 2010

Raya Ke 4, 1431H

hari ini dah raya ke 4 1431hijrah. kalau di kampung dah mula bersedia utk balik ke tempat mencari rezeki. malah ada kawan2 yg sudah bekerja hari ini. tadi pun kelihatan posmen menjalankan tugas seperti biasa.

selalunya pada raya ke4 hanya tinggal beberapa buah rumah saudara shj belum dilawati di kampung. tetapi di sini,masih banyak lagi. bagi saudara yg pulang ke kampung, mereka akan adakan rumah terbuka pada hujung minggu selepas raya pertama.ianya utk memberi peluang kpd mereka yg balik kampung dapat sama2 hadir ke rumah terbuka.

jika di kampung, kami akan bersarapan dgn nasi belauk. tugasan diberi kpd beberapa orang utk pergi membeli di beberapa buah gerai.jika bernasib baik, dapat dibeli di sebuah gerai aje. tetapi selalunya tuan gerai kurang berminat nak jual banyak2 (lebih drpd 5-10bungkus bergantung kpd gerai) kpd seorang pembeli. maka akan beraturlah beberapa orang ahli keluarga utk membolehkan cukup bilangan nasi belauk utk keluarga di rumah.

di kampung, tetamu akan sampai tanpa masa tertentu. tetapi di sini, kami belum lagi rumah terbuka.

Tiada ulasan: