apa itu mencuri? kalau ikut undang2 manusia, boleh rujuk kpd penal code. ianya berbeza sedikit dgn merompak. mencuri, kita ambil hak orang tanpa disedari tuanpunya hak. merompak pula adalah mengambil hak orang lain dgn disedari oleh tuanpunya.
mencuri bukan sahaja terhad kpd barang2. begitu juga merompak. kalau mencuri atau merompak dlm pendidikan adalah seperti melakukan plagiarisma. juga bagi saya jika kita mengambil upah utk kerja yg tidak disempurnakan. spt mengajar sesuatu yg bukan bidang kita. maka yg rugi adalah pelajar, ibubapa pelajar, bakal majikan, penaja dan ramai lagi. mendapat nama tanpa usaha. naik pangkat tanpa usaha yg sepatutnya.
saya baru melihat dlm internet bgmana satu kumpulan/keluarga mencuri pakaian sukan di sebuah kedai sukan yg terkenal. apakah motif utama mereka ini mencuri? nak berniaga barangan curi? nak bergaya di hari raya dgn barangan curi? nak beraya dgn hasil jualan barangan curi?
Allah jua yang Maha Mengetahui. dan Allah jua Maha Adil dlm pembalasanNya. saya doakan agar mereka yg mencuri, merompak dan sebagainya mendapat pembalasan seadil2nya drpd Allah di dunia dan di akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan