Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, September 23, 2010

Apabila TV dan Router Rosak

dah dua hari tv di rumah rosak. sebenarnya tidak mendapat signal melalui astro. begitu dah beberapa lama internet tidak dapat digunakan melalui khidmat tiadawayar.

kesannya kpd kami di rumah hampir spt tiada elektrik. tetapi tanpa siaran tv dan internet, lampu dan kipas masih berfungsi. jadi, setelah makan malam semalam, saya mempunyai banyak masa utk lakukan aktiviti selain melihat tv atau ber'tenet'.

solat pun cepat dilakukan. setelah solat, maka masa berbaki saya gunakan utk membaca buku. kemudiannya, setelah dikenakan ubat tidur (mungkin juga kepenatan kerana pagi semalam, jam 7.45pagi dah di epjabat dan seterusnya bermesyuarat sampai jam5ptg), saya terlena sehingga jam 12tgh malam di ruang tamu.

bagus jugak sekali sekala tiada khidmat astro/tv dan internet. bagaimana kalau kita hadkan penggunaan tv/astro dan internet di rumah? kita berupaya mendapat masa tambahan utk dilakukan aktiviti2 lain.

Tiada ulasan: