Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, September 05, 2010

Rumah Kita

semua inginkan rumah sendiri. memiliki rumah adalah tanda kejayaan. kejayaan material. dan mereka yg mempunyai rumah besar diandaikan sbg amat berjaya.

harga rumah di lembah kelang amatlah mahal. ikut perkiraan saya, kalau gaji rm1000, layak duduk rumah rm50,000 aje. maka jika pendapatan rm2,000 sebulan, duduklah rumah rm100,000. tapi ramai yg duduk rumah harga lebih drpd yg mampu dimiliki. kebanyakan rumah baru berharga rm300,000 ke atas sekarang. hanya yg pendapatan minima rm6,000 sebulan dpt miliki dan tidak pening kepala dgn kewangan.

sepatutnya flat berharga rm100,000 ke bawah lebih banyak dibina. tetapi mungkin kerana mereka yg tidak amanah, kos tanah berlipat kali ganda drpd sepatutnya. ini disebabkan oleh ada yg makan untung atas angin. yg jadi mangsa adalah yg tiada kuasa.

kita sekarang akan kembali spt orang dulu2. iaitu 2 hingga 3 generasi akan duduk serumah. ada bagusnya. ada orang utk tengok2 ahli keluarga lain semasa yg bekerja keluar rumah. jadi, kena fikir rekacipta baru utk rumah.

Tiada ulasan: