Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, September 12, 2010

Same Faces Different Places

itulah diucapkan oleh keluarga saya kpd sesama sendiri. jika beraya di kampung, kami akan berjumpa di rumah nenek sebab ianya tempat tumpuan utama ahli keluarga. dan bagi beberapa keluarga, itulah sahaja rumah utk berteduh semasa berada di kampung.

pada tahun ini, raya puasa maca raya haji. kami berkumpul di rumah makcik towkay kek lapis dan kuih raya. setiap kali ahli keluarga sampai,kami akan bersalaman. jika di kampung bersalam sesama kami apabila mula2 sampai di kampung dan di pagi raya. selain bersalaman selepas solat berjemaah bersama dan beramai2.

kemudiannya masing2 ada agenda sendiri. samalah di kampung dan raya puasa tahun ini. pada raya pertama di rumah sepupu, kami bersalaman lagi. itu adalah budaya mengucapkan selamat kpd tuan rumah dan mereka yg ada di dlmnya. maka kami akan bersalaman dgn muka yg sama, tetapi tempat berbeza. pada hari kedua dan hari ini sama juga. kami akan berjumpa lagi dgn ahli2 keluarga yg sama. dan kami akan bersalaman sebagai tanda hormat. rumah berbeza, menu berbeza, keakraban yg sama.

Tiada ulasan: