Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, September 09, 2010

Baju Melayu

seperti songkok, baju melayu penuh dipakai pada raya. dan juga majlis2 rasmi seperti kenduri kendara. pada masa2 lain, baju melayu separuh aje saya pakai. atas baju melayu, bawah seluar biasa atau kain pelekat.

apabila berbaju melayu penuh bersampin, saya kurang selesa. tambah2 lagi ke majlis rasmi. payah nak simpan dompet, kunci kereta dan telefon. maka sudah beberapa majlis saya akan ada aksesori kpd pakaian melayu penuh saya. saya akan bawa bersama beg besar, beg sangkut. bukannya beg tangan. memang nampak pelik. tapi utk memudahkan saya bergerak, dan mengambil barang2 dgn segera.

di majlis 100tahun sekolah saya pada 2005, saya pakai vest bersama pakaian melayu penuh. kalau pakai jaket luar sure macam pahlawan melayu lama. vest tersebut saya masukkan dompet, kunci, telefon dan kamera. kebetulan majlis ada gajah dan vest saya ada lencana taman negara. jadi macamlah saya jaga gajah.

tahun ni warna apalah baju melayu saya. kalau pakai warna 'maroon' ok tak?

Tiada ulasan: