Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, September 29, 2010

Hubungan Dgn Manusia Lain

dalam kehidupan kita, kita tidak boleh hidup berseorangan. walau pun saya kenali beberapa orang yg hidup berseorangan kerana menjalankan tugas dan tanggungjawab, tetapi mereka akan tetap kembali berada bersama manusia lain pada waktu2 tertentu.

frasa yg biasa kita dengar 'no man/woman is an island'. maka pada asasnya, seorang manusia tidak boleh hidup keseorangan di dunia ini. utk mendera atau menghukum seseorang, kebiasaannya adalah melalui mengurungnya atau mengasingkan seseorang drpd berhubungan dgn manusia lain.

dalam kaunseling, membina hubungan pada awal peringkat kaunseling adalah penting. ianya juga dikenali sebagai rapport. jika hubungan tidak dapat dilakukan, maka ini bermakna tiada kepercayaan diantara kedua2 pihak. kepercayaan terhadap pihak lain adalah penting. jika kita tidak percaya kepada seseorang, ianya bermakna kita tidak boleh mengharapkan pihak tersebut membantu kita apabila diperlukan.

Tiada ulasan: