Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, September 15, 2010

Pakaian Melayu Yang Sesuai

ramai dikalangan kita berpakaian melayu tidak sesuai dgn budaya dan adat melayu. begitu juga dgn pakaian wanita islam di majlis2. ramai kita perhatikan berpakaian tidak sesuai dgn majlis sebagai seorang islam.

di majlis rasmi, kita digalakkan berpakaian melayu lengkap berwarna hitam. tapi nak pakai warna hitam perlulah ikut majlis. kalau majlis pemahsyuran atau menerima pingat, warna hitam amatlah sesuai. tetapi jika di majlis makan diraja, seelok2nya, elakkanlah. pengalaman saya dan kenalan, kita mungkin akan disalahanggap sebagai pelayan tetamu jika berbaju melayu hitam semasa majlis makan, spt jamuan raya.

elakkanlah berpakaian hitam di pengkebumian muslimin dan muslimat. orang islam tidak memakai hitam semasa majlis seperti ini. budaya dan adat berpakaian hitam semasa majlis kematian adalah bukan budaya atau adat islam. di majlis kematian seorag islam, pakailah pakaian berwarna putih bersih. kita tidak dikapankan dgn kain hitam, tetapi kain putih.

Tiada ulasan: