Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, September 16, 2010

Dunia Sahaja

apabila menghadapi masalah, seorang kenalan/sahabat/saudara akan berkata,'tak usah pening2 bad, itu semua dunia aje bad'. walau pun kita percaya dan yakin dgn kata2nya itu, tetapi kebiasaannya kita akan tetap risau dgn masalah kita.

antara masalah utama di dunia adalah kekayaan. ramai termasuk saya tergoda dgn keinginan utk kaya di dunia.utk memiliki kereta mewah, rumah mewah, harta yg berganda2, ahli keluarga yg boleh dibanggakan kerana kejayaan di dunia.

semuanya adalah dunia sahaja. pengiktirafan di dunia. dan kita sering terlupa kesemuanya sebenarnya bukan milik kita. ianya adalah amanah kpd kita di dunia sahaja. dan kita perlu tanggung dan jawab bagaimana kita uruskan mereka dan harta serta jawatan yg diamanahkan kpd kita apabila kita di akhirat nanti.

kekayaan dunia tidak menjaminkan kesejahteraan di dunia dan di akhirat. ahli keluarga, harta dan jawatan tidak menjaminkan kita tiada kerunsingan atau kesusahan di dunia. matlamat utama kita adalah keselesaan di akhirat.

Tiada ulasan: