Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, September 16, 2010

Cuti Lagi

alhamdulillah, hari ini cuti kebangsaan. cuti hari malaysia. cuti rasmi di antara cuti raya yg panjang bagi saya.

apakah maksud cuti? kalau dlm borang permohonan cuti, kita diminta nyatakan sebab bercuti. dan kebiasaannya, kita nyatakan sebab utk berehat. saya pernah secara rasminya bercuti tetapi tetap ke pejabat. begitu juga dgn kawan2 saya. tetapi sebenarnya, jarang kita betul2 berehat semasa kita bercuti.

cuti raya selalunya kita hanya berehat drpd kerja di pejabat. tetapi kita tidak berehat dgn erti rehat sebenarnya. sebelum raya, ramai yg bekerja bersiap2 utk balik beraya. semasa cuti raya, kita terkejar2 ke sana ke mari meraikan dan meriakan syawal. setelah raya, kita terkejar2 bersedia utk balik ke rumah. dan selalunya, cuti sehari sebelum mula bekerja dugunakan utk rehat dan bersedia utk bekerja pada keesokkannya.

dlm perkataan bahasa inggeris, cuti disebut sbg holiday. drpd perkataan holy day, hari yg suci dlm agama. maka cuti raya adalah tepat dgn maksud tersebut. cuti2 lain lebih sesuai dgn bertujuan r n r, rest and recreate.

Tiada ulasan: