Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, September 27, 2010

Kisah Pasukan Bolasepak

sebuah pasukan bolasepak mempunyai seorang pengurus. pengurus ini digajikan utk menguruskan pasukan bolasepak oleh pemilik pasukan bolasepak.

penggerak pasukan adalah pemain bolasepak. yg lain2 adalah penyedia kemudahan utk pemain boleh bermain dgn sebaik mungkin. malangnya perancangan pengurus banyak diganggu oleh cadangan drpd penjaga stor peralatan. penjaga stor memberi cadangan agar pemain serangan diletakkan di bahagian belakang sebagai back kiri. adakalanya, pemain serangan yg dibeli oleh pengurus dahulu dicadangkan oleh penjaga stor supaya dijadikan pemain simpanan shj.

maka keputusan permainan amat mendukacitakan peminat. gol yg diharapkan dijaring oleh pemain serangan tidak dijaringkan. sebabnya, pemain serangan perlu berlari ke atas dan ke bawah lebih drpd sepatutnya. dan bila tiada jaringan oleh pemain penyerang, beliau dikatakan tidak memainkan peranan sepatutnya dlm membantu pasukan memenangi perlawanan. begitu juga walau pun pemain serangan tidak bermain, kekalahan pasukan diletak diatas bahu pemain serangan.

eloklah pemain serangan memindahkan dirinya ke pasukan lain. buktikanlah bahawa kekalahan pasukan sekarang adalah sebenarnya berpunca drpd penjaga stor.

Tiada ulasan: