Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, September 14, 2010

Tenis dan Saya

pakcik2 saya ramai bermain tenis. seorang merupakan juara semasa di universiti dahulu. dan semasa bekerja, beliau dan seorang saudara sebelah rumah di kampung adalah antara pasangan bergu yg digeruni.

semasa cuti sekolah dan cuti raya, saya akan bermain tenis. tempatnya adalah di sekolah menengah kamil, lebih kurang 400m dari rumah nenek. pada awal2nya, biasalah kita bermula sebagai pengutip bola. mana ada peluang nak main kerana pakcik2 akan bermain dahulu. maklumlah, raket terhad.

lama-kelamaan, saya dapat lebih kerap bermain tenis apabila di kampung. ianya terutama pada cuti sekolah. pakcik2 dah jarang balik kerana bekerja. jadi saya gunakan peluang yg ada utk bermain tenis dgn seorang saudara yg amat rapat dgn saya. begitulah rutin kami. pada asalnya, saya akan membonceng basikal saudara saya ke sekolah. apabila sudah ada motorsikal, saya bonceng pula motorsikalnya.

Tiada ulasan: