Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, September 21, 2010

Gambar dan Maksud

baru2 ini saya ke rumah kawan. saya dipaksa masuk utk menjamu selera dahulu, kononnya sekejap aje. oleh kerana beliau banyak membantu saya, saya terima pelawaan beliau.

walau pun telah menjamu selera di rumah kawan lain terlebih dahulu, sebagai memenuhi jemputan kawan, saya menjamah makanan lagi. bersama saya adalah dua lagi tetamu kawan saya. seorang adalah bapa kepada kenalan kawan saya, dan seorang pelajar uitm lendu.

kira2 1/2jam kemudian, muncul kenalan kawan saya. dia turut sama menjamu selera bersama kami. semasa menjamu selera, kawan saya mengambil gambar kami. saya senyum kerana inginkan gambar yg menunjukkan tetamu kawan saya seronok berada di rumahnya.

semalam saya bertanya kepada kawan saya,'siapakah kenalannya yg duduk disebelah saya di rumahnya?. jawab beliau,' kau tak kenal? itulah ... artis af7'. maaf ya, dah lama tak menonton akademi fantasia. tetapi, terima kasih kerana mengabadikan saya dlm foto bersama seorang yg sedang diminati para remaja sekarang. bila boleh saya dapat satu salinan gambar tu? sila sertakan bersama autograf artis tu ya.

Tiada ulasan: