Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, September 10, 2010

Rutin Syawal Berbeza

jika di kampung, hampir kesemua ahli keluarga yg terdekat akan berkumpul di rumah nenek utk menyambut raya.kami akan tiba di rumah nenek satu persatu. malah ada yg tiba setelah tengahari pd hari raya.ada juga yg tiba setelah sehari dua raya kerana beraya dgn keluarga lain dahulu.

di kampung, hampir kesemua ahli keluarga akan telah pun berkumpul pada waktu terkhir pada setiap ramadan. maka keesokannya, amat memudahkan utk beraya dgn ahli2 keluarga kerana berada di rumah yg sama. setelah kembali daripd solat raya, kami akan minum pagi beramai2. menu utama selalunya adalah satay dan ketupat daun palas. kemudiannya kami akan bergilir2 membahagi2kan duit raya. setelah itu kami akan bergambar ramai2. kemudiannya kami akan ke rumah sebelah, rumah sepupu nenek saya. saya selalunya akan ikut pintu dapur aje. kebiasaan, kami makan nasi dagang di situ.

tahun ini berbeza rutin kami sekeluarga. setelah pulang drpd solat raya,saya makan satay juga tetapi berbentuk 'submarine'. satay yg siap dimasak dlm kuahnya. seterusnya, kami telah ke rumah makcik di ulu kelang. rumah tersebut menjadi tempat berkumpul ahli keluarga semua. nenek kini berada di situ setelah terkena angin akhmar. masih ada satay. masih ada nasi dagang. dan masih ada kuih2 yg biasa kita makan di kampung kerana kebiasaannya kami bawa balik kuih2 dari sini.

Syawal 1431hijrah, tempat berbeza. rutin berbeza sedikit. tetapi kemeriahan masih sama.nenek tersenyum menyambut setiap ketibaan anak2, cucu2, cicit2 dan saudara mara yg lain. beza utamanya, nenek tidak lagi menjadi ketua dapur.

Tiada ulasan: