Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, September 11, 2010

Salam Syawal 1431H

ucapan ini mula dikirim dlm bulan ramadan lagi. dahulunya, kebiasaan dan kebanyakan dikirim melalui kad ucapan hari raya. maka pada setiap ramadan, kita akan sentiasa memanjangkan telinga menantikan kedatangan posmen ke rumah kita.dahulunya, hampir tiap2 hari posmen akan singgah utk menyampaikan kiriman kad ucapan ke rumah saya.

sekarang sudah berbeza.saya rasa tak sampai 10kad ucapan raya diterima pada tahun ini. kebetulan semalam saya terserempak dgn seorang bos pos malaysia. tapi tak sempat nak komen panjang.insyaallah semasa futsal mingguan nanti.

majoriti ucapan salam syawal diterima melalui kiriman sms. pada malam raya,bertalu2 ucapan saya terima. kebanyakannya selepas jam 12thgmlm.maklumlah, bukan jalan aje jam masa raya. line telefon bimbit turut jam. awal2 perkhidmatan telefon bimbit dulu, semasa di kampung amat payah dpt line. maka terputus sekejap hubungan.

kpd setiap pengirim sms ucapan salam syawal kpd saya, saya akan balas dgn segera. cuma balasan saya adalah amat pendek berbanding kiriman pantun yg diterima. jangan ambil hati ya.

Tiada ulasan: