Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, September 09, 2010

Cermin Mata

saya mula memakai cermin mata pada tingkatan satu. fesyen pada masa itu adalah bingkai penuh dan besar. dipakaikan kpd seorang yg kecil dan kurus, memang kelakarlah nampaknya.

sehingga kini, saya sudah lupa bilangan cermin mata yg telah saya milikki. kalau dahulunya, cermin mata saya dibelikan oleh bapa saya, sementalah sbg seorang yg mempunyai pendapatan sendiri, saya membeli cermin mata saya. kali terakhir saya membeli cermin mata pada awal tahun ini, hampir rm400.

saya pernah cuba memakai kanta mata sepenuh masa. ianya tidak sesuai dgn penglihatan saya. saya cuma pakai utk jangka pendek shj seperti semasa berfutsal. kalau aktiviti lasak, mungkin lebih sesuai memakai goggle berkuasa.

cermin mata saya sekarang dibeli di kampung (bandar) semasa cuti raya 2005. dah hampir 5 tahun. saya beli menggantikan cermin mata tanpa frame (trend pd masa itu) dgn separuh frame. harganya termasuk kanta adalah rm180. beberapa bulan yg lepas saya gantikan kanta cermin mata saya. harganya rm180.

penglihatan adalah satu drpd rahmat Allah kpd kita. jaga dan gunakanlah ia dgn penuh amanah. ianya hanya pinjaman kpd kita sebagaimana banyak lagi rahmatNya kpd kita.

Tiada ulasan: