Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, September 16, 2010

Cita-cita dan Amanah

semalam saya ke klia. saya bersama keluarga menghantar seorang sepupu yg akan meneruskan pengajiannya dlm bidang perubatan. insyaallah, pengajiannya di jordan. dukacita, kami tiba di klia setelah beliau masuk ke ruang menunggu. jadi, kami terlepas peluang utk berjumpa dgnnya sebelum beliau menaiki kapal terbang.

hampir setiap keluarga yg saya kenali ingin mempunyai ahli keluarga bekerja di bidang perubatan. dalam keluarga saya, pada asalnya, terdapat harapan bahawa kesemua anak lelaki menjadi doktor perubatan. alhamdulillah, 2 drpd 4 berjaya mencapai harapan tersebut. diantara adik-beradik ibu saya, 4 keluarga mempunyai ahli yg sedang atau akan menjadi doktor. di kalangan adik-beradik bapa saya, 3 drpd 4 keluarga mempunyai ahli yg menjadi seoang doktor. manakala di kalangan adik-beradik arwah nenek saya, 5 drpd 13 adik-beradik mempunyai ahli keluarga bergelar doktor perubatan.

secara tepat, saya tidak tahu alasan utama kenapa keinginan utk mempunyai ahli keluarga bergelar doktor perubatan. tetapi kesan positifnya telah saya dapati. malah saya sendiri kekadang ada yg tertukar dgn adik saya sebagai doktor. walau bagaimana pun, cita-cita adalah amanah kita. amanah drpd keluarga kita. jalankanlah amanah tersebut dgn sebaik mungkin.

Tiada ulasan: