Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, September 11, 2010

Pakaian Raya

kebiasaannya pada raya pertama kita akan memakai baju baru. maka kebiasaannya ramai akan membeli atau membuat baju raya pada setiap raya. bagi lelaki selalunya akan ada sepasang baju melayu dan sepasang kemeja bersama slack. bagi wanita, baju raya minima sepasang, tetapi ada yg sehingga berpasang2. memang tukang jahit antara yg amat gembira dgn setiap raya.

pada hari pertama, saya akan berbaju melayu. tetapi tidak semestinya dibeli atau ditempah utk raya. adakalanya baju telah pun digunakan sebelum raya. adakalanya baju telah pun dipakai berulang2 kali sebelum raya. Yang penting, ianya bersih pada hari raya. pada hari kedua, saya lebih selesa berkemaja. tetapi pada hari ini rasa2 nak pakai t'shirt aje. seluar, hmmm... kena pakai yg besar kot.

kebiasaannya, keluarga2 akan berpakaian sedondong di raya pertama. memudahkan membezakan ahli keluarga sendiri dgn ahli keluarga lain. jika warna sama, biasalah, kita kata boria. warna sama biasanya oleh satu keluarga muda, anak2 masih remaja. setakat ini,saya belum lihat keluarga beraya sedondong dgn pakaian ala bendera malaysia. lagi bagus, kalau ramai, setiap ahli pakai baju mewakili bendera setiap negeri. emak dan bapak pakai bendera negara.boleh dimulakan dgn orang besar2 kot

Tiada ulasan: