Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, September 07, 2010

Pesan Yang Tahu

semasa menunggu jenazah dimandikan dan dikapankan, saya berbual2 dgn beberapa ahli keluarga. kebiasaan, kelahiran, majlis kenduri kendara dan kematian adalah masa kita berjumpa dgn saudara mara. pada masa2 lain kebiasaannya masing2 sibuk dgn urusan masing2.

seorang drpd saudara saya adalah antara mereka yg sangat berjaya dlm dunia korporat. dia inginkan agar ilmu korporat dikongsi oleh ahli korporat dgn pelajar ipt. beliau rasakan bhw pensyarah yg tiada pengalaman dlm bidang yg diajar kpd pelajar tidak mengajar realiti dunia. saya bersetuju, tertakluk kpd bidang.

dia juga sampaikan pengajaran drpd mentor beliau. bila berumahtangga, jangan benarkan isteri bekerja. sebab utama utk pastikan anak2 terjaga dgn baik seharian. utk elakkan anak2 dibesarkan kurang sempurna oleh bibik2 dari seberang. kesannya apabila dewasa nanti. apa pandangan anda?

Tiada ulasan: