hari ini 8 syawal 1431hijrah. bagi yg mula berpuasa sunat pada 2 syawal, mereka beraya kali kedua pada hari ini. saya masih belum mula puasa sunat syawal saya pada tahun ini.
hari ini hujan turun bermula drpd awal pagi lagi. sehingga kini, hujan masih turun dgn lebatnya. ianya memberi suasana yg nyaman kpd saya. saya harapkan begitulah juga kpd orang lain. hujan biasanya dikaitkan sebagai rahmat drpd Allah.
kita digalakkan melihat air mengalir. ramai yg mengadakan air terjun mini di rumah utk menyegarkan keadaan rumah. mengikut satu keterangan, air yg mengalir membantu meneutralkan cas2 berlebihan di dlm badan kita. sama ada melihat atau mendengar air mengalir akan memberi kesan positif kepada kita.
begitu cepat masa berlalu. sudah habis seminggu berpuasa. sudah habis 1/2 bulan september 2010. apakah yg telah kita capai setakat ini sebagai bekalan di hari kemudian?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan