Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, September 10, 2010

Satu Syawal 1431H

allahu akhbar, allahu akhbar..

begitulah kedengaran takbir dilaung2kan pada pagi syawal 1431h. takbir bermula selepas isyak semalam, setelah dimaklumkan bhw hari ini, kita dgn rahmatNya akan menyambut satu syawal 1431hijrah. dan takbir diulang2 dlm radio.
persiapan pagi raya di sini berbeza dgn persediaan di kampung. di kampung perlu rancang masa persediaan kerana hanya ada 3bilik air, tetapi warga dlm rumah melebihi 60orang. tahun lepas saya tumpang mandi dsbnya di rumah sebelah, rumah sepupu nenek saya. pagi tadi tak perlu berebut bilik air, kerana 3bilik air utk 5 orang shj.


kemdiannya saya sekeluarga bersolat eidil fitri di masjid berhampiran rumah saya. jika di kampung, perancangan perlu dilakukan utk ke masjid. utk mengelakkan ada yg tertinggal di rumah dan di masjid. alhamdulillah, jika dahulu2nya, saya solat diluar dewan solat tetapi sejak kebelakangan ini hasil terpengaruh dgn nasihat seorang mantan dekan saya, saya akan cuba berada di saf paling hadapan di dlm dewan solat.

di masjid pagi, masih lagi ramai jemaahnya. mungkin kerana di kawasan perumahan saya sudah ramai mereka yg tidak balik ke kampung. dan saya sempt bersalaman dgn mantan dekan saya, prof.madya dr. arzmi yaacob. salam satu syawal buat semua.

Tiada ulasan: