Tengahari tadi rezeki saya dan encik Hisyam Che Mat merasa buah-buahan daripada kampung dr.madya Norasrudin Sulaiman. Beliau telah membawa pelbagai buah-buahan tempatan ke fakulti dari Temerloh.
Dan kami menjalankan tanggungjawab memakan buah-buahan tersebut. Ada langsat, dokong, rambutan dan nangka (cempedak?). Saya hanya makan dokong dan rambutan sahaja. Terima kasih DM Suunto. Sebelum tu, saya telah dimurahkan rezeki oleh encik Hisyam semasa makan tengahari. Terima kasih encik Hisye. Semoga tuan2 berdua dimurahkan rezeki oleh Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.
Persahabatan akan membolehkan kita menikmati keikhlasan. Tidak perlu bermuka2 untuk mengambil hati seorang sahabat. Sahabat bersedia menerima sahabatnya seadanya. Tapi sahabatnya perlulah bersedia untuk berubah ke arah yang baik atau lebih baik. Allah Maha Pemurah kpd semua makhluk di dunia ini, tetapi Allah Maha Pengasihani hanyalah kpd makhluknya yang Islam dan beriman (petikan drpd bacaan).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan