Ianya bukanlah sesuatu yg bijak. Kesannya, lebih banyak buruk daripada baik.
Saya tahu. Ada kalanya saya bertindak ikut emosi. Dan baru2 ini saya lakukan lagi. Dan kesannya amat mendalam kpd saya, kesan negatif. Sepatutnya saya bertindak berdasarkan ilmu (kognitif). Tapi pada masa tersebut, maklumat yg saya ada tidak lengkap. Saya terpaksa buat pilihan, bertindak dgn maklumat yg ada atau pun bertindak setelah berlaku sesuatu. Saya pilih untuk bertindak tanpa maklumat lengkap. Dalam pengurusan krisis, perkara spt ini biasa berlaku. Jika maklumat tidak lengkap, kita applikasikan senario lama yg hampir serupa. Itu yg saya lakukan.
Saya akur. saya bertanggungjawab sepenuhnya dgn hasil tindakan saya. Saya tak boleh salahkan org lain. Saya minta maaf kerana menyebabkan kesusahan kpd seorang kawan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan