Jawatan menandakan kuasa. Jawatan juga menandakan tanggung jawab.
Maka jika saya tidak inginkan jawatan, adakah saya seorang yg tak suka bertanggungjawab? saya baru2 ini ditawarkan lagi satu jawatan baru. Saya terpaksa tolak sebab tugas dan tanggung jawab saya di tempat semasa masih belum selesai. Dan saya juga ada lagi 10 bulan tempoh lantikan saya di jawatan sekarang. Bukannya saya tak sudi, tetapi janji semasa terima jawatan ini perlu saya kotakan, insyaAllah. Tetapi, jika saya diarahkan untuk bertukar ke tempat baru, saya akan akur. Walau pun saya sebenarnya memohon untuk bersama uitm kerana ingin menjadi seorang pensyarah. Saya lebih selesa berkongsi ilmu dgn pelajar saya.
Tetapi saya bersyukur kpd Allah, dgn pelbagai jawatan selain sbg pensyarah, saya dpt berjumpa dan kenal dgn lebih ramai warga uitm dan dpt menambah ilmu saya yg hanyalah sedikit sahaja. Maka saya juga berpeluang memenuhi keinginan saya untuk meningkatkan ilmu saya di gedung ilmu uitm.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan