Kita diberi ilmu untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab. Dan kita juga diberi pangkat dan kuasa. Kesemua ini adalah amanah.
Tetapi terasa bahawa seolah2 saya telah gagal menjalankan amanah saya. Sebagai seorang insan. Sebagai khalifah di bumi Allah. Maka wajarkah jawatan dipegang terus dipegang? Wajarkah saya terus dikenali sebagai seorang ...? Allah Jua Yang Maha Mengetahui. Kekecewaan tidak dapat digambarkan. Adakah saya masih belum cukup ilmu saya? Atau adakah Allah ingin menguji saya?
Saya hanya mampu berdoa kepada Allah. Saya hanya seorang hambaNya yang lemah. Doa saya"lindungilah dan peliharalah keselamatan dan kesihatan saudara ku ... daripada niat, angkara dan kezaliman makhluk Mu terutamanya ... Aku hanyalah hamba Mu yang lemah. Hanya Engkaulah yang aku sembah, dan hanya kepada Engkaulah aku mohon pertolongan. Tiada Tuhan Melainkan Allah".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan