Saya tidak bercadang mendaki ke puncak Gunung Ledang. Biarlah pelajar2 dan kawan saya sahaja yg mendakinya. Saya lebih selesa menunggu di base camp.
Pada 6ptg, penolong pengarah projek berjumpa saya. Dia bagitau saya dia risau kerana sepatutnya kumpulan yg mendaki telah kembali ke base camp. Saya bgtau dia supaya sabar dan tunggu sehingga 7.30mlm. Apabila 7.30mlm tiba, masih tiada kelibat kumpulan pendaki. Saya maklumkan kpd pengarah untuk pergi minta bantuan renjer di situ. Dan saya pun bersedia untuk melakuan tugas mencari dan menyelamat (spt biasa). Selepas tengah malam kami berjumpa dgn dgn kumpulan pendaki yg kepenatan.
Di base camp, peserta menyatakan bahawa apabila mereka menghadapi masalah, mereka yakin bhw saya akan mencari dan membantu mereka. Dah tugas saya. Tetapi sepatutnya, mereka bersyukur kepada Allah, kerana Allah Yang Maha Berkuasa Menetukan Segalanya. Saya hanyalah hambaNya yang lemah di dunia ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan