Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, Julai 11, 2009

Kepastian

Ada yg tidak mahu memberi jawapan kerana tidak pasti apa akan berlaku dimasa hadapan. Takut apa yg dijanjikan tidak dapat dikotakan.

Saya kadang2 sedemikian. Saya tidak mahu saya dikatakan tidak berpegang kpd janji. Tetapi saya lupa, yang pasti hanya beberapa perkara sahaja. Antaranya adalah kita pasti akan menemui ajal kita. Yang pasti kita akan dihisab di hari kemudian, di hari akhirat. Yang pasti, Allah, Tiada Tuhan Yang Disembah MelainkanNya, dan Nabi Muhammad itu adalah PesuruhNya. Yang pasti, kita hanya boleh merancang dan berusaha, tetapi Yang Pasti, Allah sahaja Yang Menentukan.

Maka kita perlulah merancang dan berusaha. Kemudian berdoa dan bertawakal kepada Allah, memohon kemurahanNya dan kasihNya supaya apa yg kita rancang menjadi kenyataan.

Tiada ulasan: