Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, Julai 11, 2009

Marahnya Saya

Ada beberapa perkara mudah buat saya marah. Antaranya apabila seseorang itu tidak memikirkan keselesaan orang lain.

Saya lihat, majoriti pemandu tidak memasang lampu isyarat apabila untuk membelok atau menukar laluan/lorong. Mungkin bagi setengah orang ianya satu perkara remeh, tetapi dalam keadaan tertentu boleh menentukan hidup atau mati. Begitu juga mereka yang silap faham tentang penggunaan lampu 'hazard'. Ianya dinyalakan apabila kenderaan kita berhenti, dan untuk memberitahu kepada pengguna jalan yg lain bhw kenderaan sedang berhenti, tidak bergerak. Tapi yang berlaku adalah sebaliknya, kenderaan bergerak dinyalakan lampu 'hazard'. Ini amat membahayakan pengguna2 kenderaan lain yg mungkin akan salahfaham dgn lampu 'hazard' yg dinyalakan.

Saya bukanlah seorang pemandu yg terbaik, cekap ataupun sempurna. Tetapi jika kita bersama mengikut peraturan penggunaan kenderaan, ianya dapat membantu keselesaan dan keselamatan pengguna lain. Fikirkanlah.

Tiada ulasan: