Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, Julai 14, 2009

Sahabat2 Lama Sekolah Rendah


Pada tahun ini, setelah 30 tahun meninggalkan sekolah rendah, saya menghadiri majlis bersama sahabat2 daripada sekolah rendah. Pada sabtu lepas, perjumpaan minum/makan untuk kali ketiga.

Saya hanya dapat hadir pada dua perjumpaan pertama sahaja. Pada sabtu lepas, saya ada kerja untuk diselesaikan. memang seronok berjumpa sahabat lama. Walau pun dah berusia lebih 40tahun, bila berjumpa seolah2 bukan berusia 40tahun. Ramai yang sangat2 berjaya. Hampir kesemua sudah berkeluarga. Cuma ada beberapa orang sahaja yg masih belum.

Zaman sekolah rendah memang zaman yg menyeronokkan bg saya. Saya ke sekolah untuk berkawan, belajar tu kemudian (rasa2nya). paling bagus keputusan peperiksaan saya hanyalah no.2 daripada keseluruhan (drpd 300++ pelajar). Okla kot. Terima kasih sahabat2 sekolah rendah kerana pelbagai pengalaman.

Tiada ulasan: