Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Julai 30, 2009

Kejutan Buat Sahabat

Saya tidak suka buat kejutan. Saya juga tidak suka dikejutkan. Kan kena lemah jantung susah pulak saya.

Saya baru melihat gambar keluarga sahabat saya. Sahabat semasa di sekolah menengah. Beliau muda setahun berbanding saya. Dia merupakan diantara beberapa daripada sahabat saya yang dapat 'melangkah kelas' kerana keputusan peperiksaan yang amat cemerlang semasa di sekolah rendah. Semasa di zaman persekolahan, saya kerap bergaduh dgnnya. Berkaitan ego. Betul2 bergusti. Ibunya adalaha sahabat ibu saya. Maka saya telah hadir ke perkahwinannya mewakili ibu saya. Saya telah dijemput oleh ibu sahabat saya untuk berjumpa dengannya semasa beliau dan isterinya berada di atas pelamin. Itulah kejutan yang saya maksudkan. Setelah sekian lama kami tidak berjumpa, saya muncul dgn senyuman dan kebanggaan serta ucapan tahniah untuknya.

Melihat gambar beliau dan keluarganya, mengingatkan saya ke zaman persekolahan kami. Persahabatan yang bermula 29tahun yang lepas.Beliau sekarang seorang pakar perubatan. Semoga persahabatan kami diberkati dgn rahmat Allah.

Tiada ulasan: