Selasa datang lagi. Dan selalunya inilah malam saya berfutsal. Tetapi sudah dua selasa saya tidak berfutsal.
Selasa pertama yg saya miss sebab saya di Jengka. Selasa kedua, saya buat keputusan tidak berfutsal kerana ingin berjumpa seorang kawan. Jadi saya ketepikan sementara rakan2 seperjuangan untuk perkara kerja dan seorang kawan. saya tidak salahkan kawan saya apabila saya tidak berfutsal pada minggu lepas. saya buat pilihan. InsyaAllah, jika tiada perkara lain, saya akan berfutsal seperti biasa. Futsal bagi saya memberi peluang saya mempraktikkan fizikal, emosi, kognitif dan spiritual saya. Saya lepaskan apa yg terbuku dalam diri saya tetapi secara berilmu.
Maka futsal adalah satu bentuk terapi untuk saya. Tetapi sahabat2 saya boleh membaca saya dan saya hargai mereka yg sentiasa mengambil berat tentang saya, sama ada keluarga ataupun kawan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan