Saya pernah miliki KP berwarna biru. Saya dapat setelah mencapai umur 12tahun pada 1979. Saya pernah kehilangan KP biru saya pada tahun 1980 atau 1981.
Kemudian saya tukar kpd KP Bunga Raya. Saya dibagitau di pejabat JPN bhw nama KP versi ini adalah KP Bunga Raya. Saya dapat KP Bunga Raya pd 1993. Semasa saya sedang mengikuti program profesional perakaunan di ITM. Dan pada hari ini 29.07.2009, saya ke JPN untuk menukar KP Bunga Raya kpd MyKad. Ada banyak kelebihan mykad. Ada banyak juga kelemahannya. Itu mengikut yg telah memiliki mykad.
Walau apa pun, dapatkah saya simpan KP Bunga Raya saya sbg kenangan? Mungkin kalau dapat sokongan ... mungkin dapat kot. InsyaAllah.
1 ulasan:
hahahahahahahaha klasik betul
Catat Ulasan