Marah adalah suatu perasaan yg bahaya. Apabila kita marah, kita akan mempunyai banyak tenaga.
Jika kita tidak pandai mengawal kemarahan kita, kita mungkin akan melakukan tindakan yg akan kita kesali di kemudian hari. Saya diberitahu untuk jangan memarahi seseorang. Tetapi marahlah tindakannya. Tindakan yg dilakukan boleh diubah di hari kemudian. Tetapi bukan mudah nak mengubah seseorang. Saya biasa dimarah. Semasa belajar menjadi dewasa, saya kerap dimarah. Ianya satu cara menguji ketahanan dan emosi kita.
Saya juga pernah marah dan boleh marah. Tetapi saya cuba elakkan supaya saya tidak akan sesal dgn tindakan bersama kemarahan setelah kemarahan reda. Saya harap masa dapat mengurangkan kemarahan seseorang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan