Semalam saya hadir ke kenduri kahwin saudara sebelah bapa saya. Tugas saya sebagai pemandu, kerana majlis diadakan pada waktu malam.
Memang seronok hadir majlis sebegini. Persaudaraan dapat dirapatkan. Inilah masa berkumpul sanak saudara. Ada yg biasa saya jumpa, ada yg belum pernah. Baru saya tahu, seorang dekan uitm adalah saudara sabit saya. Ramainya saudara mara yg bersama saya di uitm. Seperti biasa, saudara2 saya bertanya status saya dan bila akan bertukar. Jodoh seperti rezeki dan ajal adalah ketentuan Allah.
Majlis kenduri kahwin memanglah meriah. Harapan saya, pada majlis saya, adalah secara sederhana. Yang penting adalah majlis akad nikah B-)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan