Juga dikenali sebagai MJ atau Jacko. Beliau meninggal dunia minggu lepas.
Saya meminati beberapa drpd lagu beliau. Antaranya 'I'll Be There'. Saya dedikasikan lagu ini kpd seorang kawan saya. Pesan saya, saya akan cuba berada apabila dia perlukan saya. Kematian MJ adalah peringatan kpd kita. Yang tetap akan berlaku adalah kematian. Sama ada kita kaya atau miskin, kita ada pangkat atau tiada, kita tua atau muda, kematian adalah pasti kepada kita makhluk Allah.
Pesan saya lagi kpd kawan saya, jika kita mencintai seseorang, seseorang itu akan mati dan pergi meninggalkan kita. Tetapi, jika cintakan Allah, Allah akan sentiasa berada bersama2 kita pada setiap masa. Cintailah diri dan orang lain kerana Allah. Itulah sebaik-baik cinta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan