Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Mac 14, 2011

Susu Untuk Sihat

semalam saya melihat sebuah iklan berkaitan minum satu jenama susu. mengikut kajian klinikal (yg dinyatakan oleh syarikat pengeluar susutersebut), terbukti bahawa minum susu jenamanya boleh mengurangkan kolesterol.

kita hanya perlu minum dua kali sehari. satu kali minum bersamaan 3sudu besar susu tersebut. dan kesan pengurangan kolesterol adalah setelah 30hari minum susu tersebut 2kali sehari. maka saya pun ke sebuah pasaraya utk mencari jenama berkenaan. maklumlah, ianya akan bermula dgn kandungan kolesterol yg tinggi. kemudiannya akan menjadi kencing manis, tekan darah tinggi dan sakit jantung. apabila 3 serangkai (kencing manis, tekanan darah tinggi dan sakit jantung) ada pada kita, maka perlu bersedia untuk kembali kpdNya.

mahaljuga harga susu tersebut. ikg rm20++. tapi memikirkan pencegahan lebih baik dan murah drpd pengubatan/kos rawatan, maka saya anggapkan ianya sebagai satu pelaburan utk kesihatan saya dan ahli keluarga di rumah. dari kecil hingga tua, susu banyak membantu dlm kesihatan kita. lepas ni nak cari madu yaman pula.

Tiada ulasan: