Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Mac 13, 2011

Bajet dan Kesejahteraan Hidup

pada minggu ini telah dilancarkan tabung utk membolehkan mereka yg berpendapatan rm3000 ke bawah memiliki rumah. berdasarkan anggaran saya, mereka ini mampu membeli rumah berharga rm150ribu sahaja. tetapi tabung tersebut menyatakan boleh beli sehingga rm220ribu.

hari ini dlm suratkhabar star membuat kiraan jika membeli rumah pada harga rm220ribu akan berbelanja 37.2% drpd pendapatan bulanan utk bayaran pinjaman perumahan sebanyak rm1,115 bagi tempoh 30 tahun pada kadar 6.5%. jika membeli rumah berharga rm150ribu, bayaran bulan adalah rm948 (31.6% drpd gaji bulanan). saya berpendapat bhw bayaran bulanan rumah seeloknya hanya 18% drpd gaji bulanan, iaitu rm540shj. jika demikian, harga rumah mesti kurang drpd rm90,000 ataupun rumah yg ingin dibeli adalah berharga 30bulan gaji jika pada kadar 6.5% dibayar selama 30tahun.

akpk menyarankan bhw kita berbelanja utk bayaran balik pinjaman bulanan maksima 40% drpd gaji kita utk hidup sejahtera. maka jika kita gunakan 30% utk rumah, maka hanya tinggal 10% utk kenderaan. dan ini bermakna seorang bergajirm3ribu sebulan sebenarnya hanya mampu membeli kenderaan bernilai rm30ribu shj utk dibayarbalik dlm tempoh 5tahun pada kadar 4%.

apa pandangan anda? sila rujuk kpd home loan calculator di laman2 web bank, dsbnya utk membantu membuat bajet anda.

Tiada ulasan: