Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Mac 13, 2011

Berjumpa Bos Lama

tadi semasa saya di sebuah pasaraya di subang jaya, saya terserempak dgn seorang drpd bos lama saya. beliau adalah bos saya semasa saya di swasta dahulu.

tadi semasa saya berjumpa dgnnya, beliau sedang menolak 'pram' yg dinaiki oleh anaknya. beliau banyak mengajar saya bagaimana menguruskan projek. beliau akan menunjukkan melalui penggunaan diagram. dan ini yg saya masih gunakan jika saya merancang utk melakukan sesuatu. begitu juga apabila saya nak menerangkan kpd staf saya apa yg perlu dilakukan.

bekas pengurus saya adalah berbangsa india dan beragama hindu. saya pernah hadir ke majlis perkahwinan adiknya di bulan puasa. dan beliau faham tuntutan agama islam berkaitan solat, puasa dan minuman keras. semasa saya bekerja dgnnya dahulu, beliau amat perihatin tentang makanan dan minuman dan akan memastikan ianya halal.

keseronokan bekerja antaranya adalah hubungan dgn bos kita. maka semasa saya bekerja di bahagian tersebut, kami semua sangat seronok bekerja. kejayaan diberikan pengiktirafan yg sewajarnya. insyaallah, saya akan berjumpa lagi dgn bekas bos saya saudara suresh raghavan. terima kasih kerana sudi membimbing saya semasa bejkerja bersama anda.

Tiada ulasan: