Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Mac 21, 2011

Dari PP ke PD

19-20 mac, hujung minggu yg baru berakhir, kaum kerabat saya ke PD. kami mengadakan hari keluarga.

kami menginap di ilham pnb resort. oleh kerana terdapat ahli keluarga yg bekerja dgn pnb, maka kami mendapat bilangan apartmen sebanyak bilangan mereka ini pada kadar staf. banyak bezanya. bila uitm boleh ada resort macam ni utk memudahkan stafnya menikmati manafaat sbg staf melalui kemudahan penginapan yg murah?

tahun lepas kami tak beraya di kampung. maka suasana di pd macam balik kampung (adalah sikit2). hanya 48 orang shj yg dapat hadir. biasanya lebih drpd 60orang. pada petang sabtu diadakan acara bowling. pada malamnya diadakan makan malam ala bbq. sebelum penyampaian hadiah kpd pemenang acara bowling, diadakan 'lucky draw'. setiap ahli akan menerima hadiah drpd kami semua (semua dimestikan membawa hadiah utk dituka2kan).

mengikut terapi realiti, antara lima keperluan utama manusia adalah kasihsayang dan perasaan ikatan (love and sense of belonging). acara kekeluargaan sebegini mengukuhkan lagi kasihsayang dan ikatan kekeluargaan. terima kasih kpd penganjur dan penaja-penaja.

Tiada ulasan: