Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, Februari 16, 2011

Sibuk dan Seronok

apabila kita seronok melakukan sesuatu, masa yg ditempohi menjadi amat singkat. audit saya di hea uitm tidak terasa lama jika dibandingkan dgn masa sebenar bermula jam 9.00pagi sehingga 8.30ptg.

suasan kerja membantu mengurangkan kebosanan dan meningkatkan minat menjalankan tugas. layanan drpd ktp hea dan anak2 buahnya yg melayan saya secara profesional membuatkan kerja tidak terasa tertekan. saya cuba lakukan yg sama supaya tanggapan bhw audit adalah sesuatu yg menyeksakan adalah satu tanggapan yg salah.

staf hea juga amat cekap melayan permintaan saya. staf yg berada di menara s&t turut hadir di hea utk ditemubual. pada mulanya saya hanya berurusan dgn staf pentadbiran shj. pada sebelah petang, staf akademik yg dipinjamkan di hea turut saya temubual. tiada rasa stres di kedua2 belah pihak. mungkin pengalaman berurusan dgn mereka membuatkan urusan hari ini tiada stres.

kemahiran komunikasi dan interpersonal amat diperlukan utk membolehkan kita menjalankan tugas dan tanggungjawab dgn penuh amanah. saya sentiasa mengingatkan diri saya bhw setiap audit yg saya lakukan adalah utk menambahkan ilmu saya utk membantu uitm lebih cemerlang. maka masa tiadalah menjadi penyebab kita tidak boleh seronok semasa bekerja dgn penuh amanah.

Tiada ulasan: