Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Disember 30, 2011

Zakat

hujung tahun dah sekarang. hanya tinggal sehari shj lagi untuk 2011.

tadi saya ke pusat zakat di uitm. saya nak bayar zakat. terpaksa selepas solat jumaat kerana ada tugasan di pagi hari. apabila di pusat zakat ada seorang lain yg sedang menguruskan pembayaran zakatnya. saya dengar dia melafazkan niat membayar zakat sebanyak rmxxx. dalam hati yg mungkin kurang baik saya terfikir sikitnya.

setelah selesai urusan bayaran zakatnya, beliau bangun dan keluar. saya ke meja depan pegawai zakat. kemudian saya sedar bahawa berlaku kesilapan. nilai dilafaz dgn nilai bayaran zakat berbeza. maka pembayar zakat perlu melafazkan niatnya semula. nilai zakat yg dibayar bukan rmxxx tetapi rmxxx ribu atau pada ceknya sebanyak rmxxx,xxx.

alhamdulillah dan terima kasih kpd pembayar zakat yg sudi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang muslim di uitm. beliau menjelaskan kerana di uitm terdapat 5 golongan asnaf berbanding di tempat lain. insyaallah beliau akan terus berzakat di uitm.

Tiada ulasan: