Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Disember 12, 2011

Back To School

sekarang pusat belibelah sibuk promosi 'back to school'. pakaian dan peralatan sekolah adalah barang jualan utama sebelum sekolah bermula.

tadi saya ke mydin subang jaya. nak cari bendera malaysia nak bawa ke solo. tapi sebab bukan musim beli bendera malaysia maka tiada bendera malaysia utk saya. saya beli sebuah beg jemaah haji utk paspot saya.

di subang parade, saya beli sepasang kasut bata hitam. ianya utk dipakai semasa di solo. tapi saya akan gunakan juga semasa saya di sekolah saya, di fsr. harganya rm30.00.

di carrefour subang jaya saya beli 3helai baju kemeja putih. cadangan yg lengan panjang sehelai utk dibawa ke solo. dipakai semasa perasmian. brand canggih, dikilangkan di kilang tempat sepupu saya kerja di kelantan. semasa nak membeli baju saya bersoal jawab dgn jurujual. andaian jurujual anak saya seorang pengawas kerana baju lengan panjang. saya bgtau anak saya tingkatan 3. 'besarnya' tegur jurujual. biasalah sekarang. saya senyum. di rumah saya ceritakan kpd emak saya. dia turut tersenyum. saya pun turut back to school.

Tiada ulasan: