Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Mac 23, 2012

Berusaha Utk Rezeki Yg Halal

malam ni saya makan malam hidangan makan malam yg didiskaunkan utk pembelian antara jam 6ptg sehingga 9mlm pada setiap hari sehingga tempoh dinyatakan. maka saya singgah di mcd sek3 dlm perjalanan balik ke rumah setelah punch out selepas jam 8mlm (dah beberapa malam saya punch out lepas jam 8mlm).

panjang juga q utk beli makanan secara drive thru. risau juga kalau2 ter'miss' harga diskaun. sambil menunggu giliran saya membuat pesanan, saya berkira2 makanan yg ingin dipesan. ibu saya telah ingatkan utk beli 2 mcfillet utk ayah saya. satu utk beliau dan belikan juga makanan utk adik2 di rumah.

setelah membuat pesanan saya ke tingkap bayaran dan seterusnya ke tingkap menerima makanan dipesan. sebelum saya membuat pesanan sebenarnya saya terfikir sama ada seorang pelajar saya akan bertuhas pada malam ini. dan setibanya saya utk mengambil makanan saya, saya lihat pelajar saya yg bertugas sibuk membungkus makanan yg dipesan melalui drive thru. pada mulanya saya ingin menegurnya tetapi saya fikir lebih baik jangan tegur risau mengganggu fokus beliau semasa bekerja.

alhamdulillah. seronok melihat mereka yg bekerja utk mendapatkan rezeki yg halal. saya doakan agar pelajar saya itu akan menggunakan rezeki halal utj meningkatkan tahap ekonomi diri dan keluarganya. insyaallah, jika berhasil mendapat francais mcd, mungkin beliau saya ambil sbg seorang di peringkat pengurusan sykt.

Tiada ulasan: