Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, Jun 04, 2022

Belanja Jaga Kereta

Kos miliki kereta bukan murah bagi saya. Pernah ada yg tegur saya semasa bawa vw 71, ke uitm,'pensyarah mana bawa kereta buruk. Takde kelas'. Saya berandaian baik, beliau nak hadiahkan sebuah kereta baru kpd saya.

Ramai yg suruh saya jual kembara saya, dan ganti dgn kereta baru. Bagi saya, kereta baru bukan keperluan. Walau pun dikatakan tiada kerisauan selenggara kereta baru, tapi selenggara berkala pun kos juga.

Antara kos tahunan jaga kereta adalah insuran dan cukai jalan. Bagi kembara saya rm400. Tayar 4 biji setiap 2 tahun, rm230 sebiji sekrg paling murah (buatan China). Servis tahunan purata rm400. Major service anggaran rm600 setiap 2 tahun. Purata sebulan minima rm200 utk jaga kereta.

Tiada ulasan: