Organisasi ditubuhkan dgn matlamat khusus. Matlamat organisasi biasanya tak banyak berubah drpd yg ditetapkan oleh pemimpin asal organisasi. Matlamat organisasi biasa berkait dgn nama organisasi. Nama organisasi biasa cerminkan matlamat organisasi.
Walau bagaimana pun, perubahan pemimpin biasanya akan ubahkan matlamat organisasi. Matlamat berubah mungkin kerana telah dicapai, tidak tercapai, atau pemimpin baru ada agenda tersendiri.
Matlamat yg berubah mungkin bagus utk organisasi, mungkin tidak bagus. Jika tidak bagus, kemungkinan besar tidak lama kelangsungan organisasi. Amat penting pemimpin dipilih faham tentang amanah sbg pemimpin di organisasinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan