Menerima jawatan untuk dipegang bermaksud menerima amanah. Ianya bermakna kita berjanji akan menjalankan tugas berfokuskan pelanggan kita untuk kebaikan pelanggan.
Semasa saya memegang jawatan di fakulti, ada tugas yg saya laksanakan tidak disukai oleh pihak2 tertentu. Saya cuba pastikan pelanggan utama saya iatu pelajar akan mendapat pensyarah yg terbaik dalam kursus yg pelajar daftar. Perkongsian ilmu dgn pelajar adalah tugas pensyarah. Maka jika kita tiada ilmu, bagaimana kita nak berkongsi?
memegang jawatan amatlah berat. Ada diantara pemegang jawatan keguguran, terkena angin akhmar, dan pelbagai lagi. Maka saya akan fikirkan baik buruk kesan memegang jawatan. Elakkan kerana inginkan duit dan kuasa lebih sebagai tujuan utama kita. nanti kena jawab...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan