homecoming, alma mater. ianya sangat berkait. homecoming berkait dengan kembali ke suatu tempat yang memberi makna dalam kehidupan kita. alma mater bermakna tempat (emak/ibu) yang membimbing kita sehingga kita menjadi siapa kita sekarang. alma mater biasanya dikaitkan dengan sekolah atau universiti yang telah kita hadir dan bergraduat.
homecoming 2015 itm/uitm 2015 adalah pada 20-22 nov 2015, jumaat hingga ahad. bagi majoriti graduan itm/uitm, itm/uitm banyak membimbing graduannya sehingga mereka berjaya dalam kehidupan mereka sekarang. maka homecoming atau balik kampung adalah perjalanan kembali ke masa yang banyak memberi makna di awal kehidupan graduan.
jom ramai-ramai kita balik ke itm/uitm. walaupun kita mungkin dibimbing selain daripada di shah alam, shah alam adalah induk semasa itm/uitm.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan