Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Mei 01, 2022

Kereta dan Emosi

Biasanya, sekarang, memiliki sebuah kereta adalah satu tanda kejayaan. Seorang lelaki bujang akan menjaga kereta pertama dimiliki dgn penuh kasih sayang.

Kereta pertama akan 'di make-up' dgn pelbagai hiasan tambahan. Sama ada bahagian luar atau dalam kereta. Ada yg sanggup berbelanja ribuan ringgit sebab sayang dan bangga dgn kereta dimiliki.

Saya terkejut apabila seorg ahli keluarga akan tukar kereta selepas dimiliki beberapa tahun. Ianya umpama tiada ikatan emosi dgn kereta2nya. Beliau akan tukar kereta jika ianya lebih murah jaga kereta baru berbanding yg lama. Beliau ingatkan, miliki kereta sbg aset, bukan sbg beban liabiliti.

Tiada ulasan: